Utama / Pelajar IPT / Manipal
Kereta sewa pelajar Manipal University College Malaysia (MUCM), Bukit Baru
Axia dari RM90 sehari untuk pelajar Manipal, tanpa deposit dengan penjamin ibu bapa. Hantar percuma ke pintu Manipal.
Diurus oleh pasukan Melaka Sentral, kira-kira 3 km dari kampus
Manipal University College Malaysia (MUCM), Bukit Baru
Tiga kilometer dari Melaka Sentral. Sesuai untuk ulang-alik ke hospital latihan dan keluar hujung minggu.
Hantar percuma ke pintu Manipal.
Pakej pelajar
Sewa 1–2 hari. Jumaat ambil, Ahad pulang = RM240.
Sewa 3 hari ke atas. Cuti pertengahan semester, cuti semester, raya.
Praktikal, projek tahun akhir, pindah rumah sewa.
Minimum 3 bulan. Satu Axia untuk ulang-alik ke kelas sepanjang semester. Bulan pertama dibayar awal.
Harga Perodua Axia automatik. Had perjalanan 300 km sehari. Kereta lain (Saga, Bezza, Myvi, MPV) ikut senarai harga biasa.
Syarat
| Umur | 19 hingga 22 tahun: pelajar IPT aktif dengan penjamin. 23 tahun ke atas: syarat biasa, penjamin tidak perlu. |
|---|---|
| Lesen | Lesen penuh, atau lesen P yang sudah dipegang sekurang-kurangnya 6 bulan. |
| Bukti pelajar | Kad matrik dan slip pendaftaran semester semasa. |
| Penjamin | Ibu, bapa atau penjaga. Salinan IC dan nombor telefon; admin akan menghubungi penjamin untuk pengesahan, dan penjamin menandatangani jaminan secara dalam talian. |
| Deposit | Tiada deposit untuk pelajar yang lulus semakan di atas. Diganti dengan Yuran Perlindungan Pelajar. |
| Yuran Perlindungan Pelajar | RM15 setiap tempahan sehingga 7 hari, RM40 sebulan untuk kontrak semester. Kerosakan kecil seperti calar sehingga RM150 setiap tempahan dianggap selesai. |
| Serahan & pulang | Video 360° kereta dirakam bersama anda semasa serah dan pulang. Video ini rujukan kedua-dua pihak. |
Cara tempah
- WhatsApp tarikh dan kampusSekurang-kurangnya sehari awal. Sertakan kad matrik, slip daftar semester, IC dan lesen.
- Pengesahan penjaminAdmin menghubungi ibu, bapa atau penjaga. Penjamin menandatangani jaminan dalam talian.
- Bayar sewa dan Yuran PerlindunganDuitNow atau pindahan bank ke akaun syarikat. Tiada deposit.
- Serahan di kampusRakam video 360° bersama runner, tandatangan perjanjian, terus pandu.
Soalan lazim
Saya 20 tahun dan lesen P. Boleh sewa?
Boleh, jika lesen P sudah dipegang sekurang-kurangnya 6 bulan, anda pelajar IPT aktif, dan ibu, bapa atau penjaga bersetuju menjadi penjamin.
Kenapa tiada deposit?
Pelajar yang lulus semakan tidak perlu deposit. Sebagai ganti, anda bayar Yuran Perlindungan Pelajar RM15 setiap tempahan, dan penjamin bersetuju menanggung baki jika ada kerosakan yang tidak dijelaskan.
Apa yang Yuran Perlindungan tanggung?
Kerosakan kecil seperti calar sehingga RM150 setiap tempahan. Ia tidak menanggung excess insurans, tayar dan rim, kerosakan dalaman, bau rokok, kunci hilang, saman, minyak, lewat pulang, atau kerosakan semasa dipandu oleh pemandu yang tidak didaftarkan.
Kalau ada kerosakan besar?
Kos dimaklumkan secara bertulis dengan gambar dan sebut harga bengkel. Bayaran boleh dibuat secara ansuran sehingga 3 bulan. Jika tidak dijelaskan dalam 14 hari tanpa persetujuan ansuran, penjamin dihubungi dan rekod hutang dimasukkan dalam sistem semakan penyewa Linkfox.
Tempah untuk Manipal
Hantar tarikh ambil, tarikh pulang dan lokasi serahan. Kami balas dengan harga.