Utama / Pelajar IPT / Kredit Jam
Kredit Jam Pelajar
RM5 sejam · Axia automatik
Beli jam dahulu, tempah bila perlu. Minimum 3 jam, ambil di hab Melaka Sentral, Bukit Katil atau ambil sendiri di Stesen KTM Pulau Sebang. Tiada deposit, penjamin ibu bapa.
Lebih murah daripada sewa sejam biasa RM7–8
Pilih pek
Yuran Perlindungan RM30 dibayar sekali satu semester bersama pek pertama.
Berbanding sewa sejam biasa
RM7–8 sejam
Bayar setiap kali. Harga ikut hari.
RM5.56 sejam
90 jam untuk satu semester. Tempah dari telefon, baki sentiasa kelihatan.
RM5 sejam
200 jam. Sesuai jika ibu bapa mahu bayar sekali untuk satu semester.
Cara ia berfungsi
- Daftar dalam talianIsi borang 3 minit, kemudian hantar gambar kad matrik, slip semester, lesen dan IC penjamin di WhatsApp.
- DiluluskanKami semak dalam satu hari bekerja. Anda dapat link akaun peribadi.
- Tandatangan & bayarAnda dan penjamin tandatangan di telefon. Bayar pek melalui DuitNow.
- Tempah ikut jamPilih hab, tarikh dan tempoh. Hab sahkan, anda dapat plat kereta di WhatsApp.
- Ambil & pulangRakam video 360, isi odometer di akaun, pandu. Jam ditolak selepas kereta dipulangkan.
Peraturan ringkas
| Tempoh | Minimum 3 jam, maksimum 24 jam setiap tempahan. |
|---|---|
| Hujung minggu | Sabtu dan Ahad: setiap jam menolak 1.5 jam kredit. |
| Ambil & pulang | Hab Melaka Sentral atau Bukit Katil, 8 pagi hingga 10 malam. KTM Pulau Sebang: ambil sendiri melalui app, 6 pagi hingga 11 malam. Tempah sekurang-kurangnya 2 jam lebih awal. |
| Tamat | 150 hari selepas setiap pek dibeli. |
| Batal | Percuma jika 12 jam sebelum mula. Kurang daripada itu: 3 jam kredit. |
| Lewat & minyak | 2 jam kredit bagi setiap jam lewat. Minyak dipulangkan pada paras sama; setiap ¼ tangki kurang = 4 jam kredit. |
| Perlindungan | Tiada deposit. Yuran Perlindungan RM30 satu semester menanggung calar kecil sehingga RM150 setiap kejadian. |
| Jaminan Kereta | Jika kami tiada kereta untuk permintaan anda, jam itu dipulangkan sebagai wang bila pek tamat (jika belum digunakan). |
| Tarikh tutup | Kredit tidak boleh digunakan pada musim balik kampung dan cuti umum besar yang diumumkan. Sewa harian pelajar masih tersedia. |
Soalan lazim Kredit Jam
Apa itu Kredit Jam?
Anda bayar dahulu untuk satu pek jam sewa Axia automatik, kemudian tempah ikut jam bila perlu (minimum 3 jam). Jam ditolak selepas kereta dipulangkan.
Berapa harga sejam?
Pek S RM300 untuk 50 jam (RM6 sejam), Pek M RM500 untuk 90 jam (RM5.56 sejam), Pek L RM1,000 untuk 200 jam (RM5 sejam). Sabtu dan Ahad, setiap jam menolak 1.5 jam kredit.
Bila kredit tamat?
150 hari (kira-kira satu semester) selepas setiap pek dibeli. Kami ingatkan anda 14 hari dan 3 hari sebelum tamat.
Kalau kereta tiada bila saya nak tempah?
Sistem tunjuk masa lain yang ada kereta. Jika permintaan anda ditolak kerana tiada kereta, jam itu dilindungi Jaminan Kereta: dipulangkan sebagai wang bila pek tamat jika masih belum digunakan.
Perlu deposit?
Tiada deposit. Anda bayar Yuran Perlindungan RM30 sekali satu semester, dan ibu, bapa atau penjaga menandatangani jaminan dalam talian.
Di mana ambil kereta?
Di hab Melaka Sentral (Taman Seri Cempaka) atau Bukit Katil, 8 pagi hingga 10 malam, sesuai untuk pelajar MMU, UiTM Bandaraya, Manipal, Politeknik Melaka, KPM dan IPG. Atau ambil sendiri di parkir Stesen KTM Pulau Sebang melalui app LINKFOX Self Pickup, 6 pagi hingga 11 malam, sesuai untuk pelajar UniKL MICET, UiTM Rembau (naik KTM dari Rembau) dan UiTM Lendu.
Siapa layak?
Pelajar IPT aktif berumur 19 tahun ke atas dengan lesen D atau DA (penuh, atau lesen P sekurang-kurangnya 6 bulan), dengan penjamin ibu, bapa atau penjaga.
Kawan saya boleh guna kredit saya?
Tidak boleh memandu atas akaun anda. Tetapi baki kredit boleh dipindah kepada kawan yang juga ahli Kredit Jam: WhatsApp kami.
Mula dengan Pek S
50 jam untuk RM300. Daftar hari ini, tempah selepas diluluskan.