Utama / Kawasan / Ayer Keroh / MITC
Kereta sewa dekat MITC, tanpa perlu ke bandar
Kerja atau belajar sekitar MITC, Taman Tasik Utama, MMU atau UTeM? Tetapkan tempat dan masa, kami bawa kereta kepada anda.
Serahan ikut temu janji, 8 pagi hingga 10 malam, setiap hari
Untuk siapa halaman ini
Pekerja dan staf kontrak. Baru masuk kerja di kawasan ini dan belum ada kereta, atau kereta sendiri di bengkel. Sewa harian, mingguan atau bulanan.
Pelajar MMU dan UTeM. Balik kampung, praktikal atau keluar hujung minggu. Umur 19 hingga 22 tahun boleh guna pakej pelajar: MMU atau UTeM.
Datang kursus atau urusan. Satu atau dua hari di MITC, dan nak bergerak sendiri selepas habis urusan.
Cara serahan
- Hantar tempat dan tarikhNama tempat di sekitar MITC, tarikh ambil dan tarikh pulang.
- Kami sahkanKereta, harga dan caj hantar dimaklumkan sebelum anda bayar.
- Jumpa di tempat ituKereta dibawa dari cawangan Bukit Katil, kira-kira 7 km dari MITC.
- Periksa dan panduPeriksa kereta bersama kami, tandatangan perjanjian, terus pandu.
Kawasan serahan
- MITC dan Taman Tasik Utama
- Bukit Beruang dan MMU
- Durian Tunggal dan UTeM
- Ayer Keroh
Harga kereta sewa kawasan MITC
Sewa 3 hari ke atas dapat harga lebih rendah.






Harga sehari, tidak termasuk caj penghantaran. Kenderaan besar:
Syarat ringkas
| Umur pemandu | 23 hingga 65 tahun. Pelajar IPT 19–22 tahun: pakej pelajar |
|---|---|
| Dokumen | Kad pengenalan, lesen memandu dan bil utiliti terkini |
| Deposit | RM100 kereta ekonomi, RM300 MPV dan SUV, RM1,000 kenderaan mewah. Dipulangkan biasanya dalam 3–4 hari bekerja selepas kereta dipulangkan. |
| Jarak | 300 km sehari |
| Caj penghantaran | Ikut tempat dan masa serahan, dimaklumkan sebelum bayar |
Soalan lazim kawasan MITC
Ada pejabat atau kaunter di MITC?
Tiada. Pejabat kami di Melaka Sentral dan Bukit Katil. Untuk kawasan MITC, kereta dibawa dari Bukit Katil ke tempat yang kita setuju, kira-kira 7 km dari MITC.
Serahan boleh dibuat di mana?
Di rumah, kolej kediaman, pejabat atau tempat awam yang sesuai di sekitar MITC, Taman Tasik Utama, Bukit Beruang dan Durian Tunggal. Beritahu nama tempat dan masa di WhatsApp, kami sahkan sebelum anda bayar.
Berapa caj hantar?
Caj ikut tempat dan masa serahan, dan dimaklumkan di WhatsApp sebelum anda bayar. Ambil sendiri di Bukit Katil tiada caj penghantaran, tetapi perlu ditempah sehari awal.
Saya pelajar berumur 19 hingga 22 tahun. Boleh sewa?
Boleh melalui pakej pelajar, dengan kad matrik dan penjamin ibu bapa. Lihat syarat untuk pelajar MMU atau pelajar UTeM.
Saya kerja kontrak di kawasan ini. Ada sewa bulanan?
Ada. Axia dari RM1,530 sebulan, dan sewa lebih dari sebulan boleh dapat diskaun tambahan. Maklumat sewa bulanan.
Perlukan kereta dekat MITC?
Hantar tempat dan tarikh. Kami balas dengan harga dan caj hantar.



