Utama / Kawasan / KTM Pulau Sebang & Tampin
Kereta sewa KTM Pulau Sebang & Tampin, menunggu di stesen
Turun ETS atau KTM Komuter di Pulau Sebang/Tampin dan terus pandu. Tempah awal, beritahu nombor tren, dan kereta diserahkan percuma di luar pintu keluar stesen.
Arriving by ETS or Komuter? Your rental car waits outside Pulau Sebang/Tampin station.

Cara ambil kereta di stesen
- Tempah awal di WhatsAppSekurang-kurangnya sehari sebelum. Nyatakan tarikh, kereta dan titik serahan.
- Beritahu waktu tibaNombor tren atau bas dan waktu tiba. Kami atur serahan ikut perjalanan anda, termasuk ketibaan lewat malam.
- Dokumen dan depositIC dan lesen disemak sebelum hari ambil. Deposit dibayar ke akaun syarikat.
- Turun dan terus panduKereta menunggu di titik serahan. Serahan kunci ringkas, kemudian terus ke destinasi.
Kami tidak menerima tempahan segera di lokasi. Tempahan awal membolehkan kami menyemak dokumen dan memastikan kereta sedia menunggu bila anda sampai.
Dari stesen, terus ke destinasi
Bandar Melaka tiada stesen ETS, jadi kebanyakan penumpang ke Melaka turun di Pulau Sebang/Tampin. Jarak ke bandar Melaka dan Jonker Walk sekitar 35 km.
Datang dari
- JB Sentral, Kluang, SegamatETS
- KL SentralETS
- Seremban, Nilai, RembauKTM Komuter
- Bandar lainBas ke Pulau Sebang Sentral
Terus memandu ke
- A'Famosa Resort10 minit
- UniKL MICET15 minit
- UiTM Lendu, Alor Gajah15–20 minit
- Bandar Melaka, Jonker Walk40–50 minit
Anggaran masa memandu tanpa kesesakan.
Titik serahan percuma
Stesen kereta api
KTM Pulau Sebang / Tampin
Untuk penumpang ETS dan KTM Komuter. Beritahu nombor tren dan waktu tiba, kereta menunggu di luar pintu keluar stesen.
Terminal bas
Terminal Pulau Sebang Sentral
Terminal bas baharu yang menggantikan Terminal Bas Tampin. Kami jumpa anda di terminal pada waktu yang ditempah.
Pasar raya
Mydin Pulau Sebang
Mudah dicari dan parking luas. Sesuai kalau anda dihantar keluarga atau datang dengan kenderaan lain.
One-way: ambil di Pulau Sebang, pulang di Melaka
Ambil kereta di stesen Pulau Sebang, guna sepanjang percutian, dan pulangkan di Melaka Sentral atau lokasi lain dalam Melaka. Tak perlu patah balik ke Tampin. Caj one-way bergantung kepada lokasi pulang dan dimaklumkan sebelum bayar.
Destinasi popular dari stesen
- A'Famosa Resort & Outlet, sekitar 10 minit.
- UniKL MICET, sekitar 15 minit.
- UiTM Lendu, Alor Gajah, 15 hingga 20 minit. Sesuai untuk pelajar yang pulang atau mendaftar.
- Hospital Tampin, untuk temujanji dan lawatan keluarga. Maklumat lanjut.
- Gunung Datuk, pendakian awal pagi. Kami boleh serahkan kereta awal jika ditempah.
- Bandar Melaka dan Jonker Walk, 40 hingga 50 minit.
- Pasar Malam Pulau Sebang, setiap Selasa. Panduan gerai.
Harga kereta sewa KTM Pulau Sebang & Tampin
Sewa 3 hari ke atas dapat harga lebih rendah. Harga disahkan di WhatsApp sebelum bayar.






Harga sehari, tidak termasuk caj penghantaran. Kenderaan besar:
Car rental at Pulau Sebang/Tampin station
Pulau Sebang/Tampin is the main railway station for Melaka, served by ETS trains from KL Sentral and JB Sentral and by the KTM Komuter Seremban Line. Book at least one day ahead and send us your train and arrival time. We hand over the car outside the station exit at no charge, including late at night, and you can return it in Melaka city for a one-way fee.
Kata pelanggan
“Kereta sangat bersih (Axia). Servis hantar ke KTM Tampin sangat on-time. Tak perlu tunggu lama. Recommended!”
Amirul, Kuala Lumpur
“Sewa MPV Alza untuk family trip ke Pengkalan Balak. Kereta tiada masalah, aircond sejuk. Urusan dengan Linkfox sangat mudah melalui WhatsApp.”
Puan Siti, Johor Bahru
“First time guna servis hantar ke Melaka Sentral. Memang jimat masa dari cari grab. Harga pun berpatutan untuk student.”
Sarah, UiTM Lendu
Syarat sewaan
| Umur pemandu | 23 hingga 65 tahun |
|---|---|
| Dokumen | Kad pengenalan, lesen memandu dan bil utiliti terkini. Pelawat luar negara: pasport, visa dan lesen memandu antarabangsa. |
| Deposit | RM100 kereta ekonomi, RM300 MPV dan SUV, RM1,000 kenderaan mewah. Dipulangkan biasanya dalam 3–4 hari bekerja selepas kereta dipulangkan. |
| Jarak | 300 km sehari |
| Penghantaran | Hari yang sama, dalam 4 jam selepas tempahan disahkan (ikut lokasi) |
| Waktu serahan | Biasanya 8 pagi hingga 10 malam. Tiba lewat malam? Tempah awal dan beritahu waktu tiba, kami atur. |
| Bantuan kerosakan | 8 pagi hingga 10 malam, setiap hari |
| Kenderaan | Diselenggara berkala, dicuci dan diperiksa sebelum setiap sewaan |
| Caj penghantaran | Percuma di KTM Pulau Sebang, Terminal Pulau Sebang Sentral, Mydin Pulau Sebang, Alor Gajah Sentral, Melaka Sentral dan lokasi ambil kami (tempah sekurang-kurangnya sehari awal). Ke alamat lain, termasuk rumah dan hotel dalam bandar Melaka, caj ikut jarak dan dimaklumkan sebelum bayar. |
Soalan lazim KTM Pulau Sebang
Di mana kereta diserahkan di KTM Pulau Sebang?
Di luar pintu keluar stesen Pulau Sebang/Tampin, pada waktu tren anda tiba. Serahan juga percuma di Terminal Pulau Sebang Sentral dan Mydin Pulau Sebang.
Tren saya tiba lewat malam, boleh?
Boleh, asalkan tempahan dibuat sekurang-kurangnya sehari awal. Hantar nombor tren atau gambar tiket, dan kami atur serahan ikut waktu tiba.
Boleh pulangkan kereta di Melaka Sentral?
Boleh. One-way drop ke Melaka Sentral atau lokasi lain dalam Melaka tersedia dengan caj tambahan yang dimaklumkan sebelum bayar.
Boleh tempah bila dah turun tren?
Tidak. Kami tidak menerima tempahan segera di stesen. Tempah sebelum bertolak supaya dokumen disemak dan kereta sedia menunggu.
Apa dokumen yang diperlukan?
Kad pengenalan, lesen memandu dan bil utiliti terkini. Pelawat luar negara: pasport, visa dan lesen memandu antarabangsa. Umur pemandu 23 hingga 65 tahun.
Can I rent a car at Pulau Sebang/Tampin station?
Yes. Book at least one day ahead with your train and arrival time. Your car is handed over outside the station exit at no charge, including for late-night arrivals.
Dah beli tiket tren?
Hantar nombor tren dan waktu tiba. Kami sahkan kereta dan masa serahan.



