LINKFOXKereta Sewa Melaka, Alor Gajah & Tampin

Utama / Kawasan / Melaka

Kereta sewa Melaka: harga, lokasi ambil dan penghantaran

Senarai harga kereta sewa di Melaka, dengan tiga lokasi ambil kereta dan penghantaran ke seluruh negeri.

Hantar hari sama dalam 4 jam, serahan percuma di Melaka Sentral, atau hantar terus ke alamat anda

Sewa kereta di seluruh Melaka

Kami melayan pelanggan di Bandar Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Tampin. Anda boleh ambil kereta sendiri di pejabat kami bertentangan Melaka Sentral, atau di lokasi kami di Bukit Katil dan Tampin. Kalau lebih mudah, kami hantar kereta terus ke rumah, hotel, kolej atau stesen.

Pilih kereta ikut keperluan

  • Perodua Axia dan Proton Saga untuk seorang atau berdua, jimat minyak
  • Perodua Bezza dan Myvi untuk keluarga kecil, bonet lebih luas
  • Perodua Alza Advance dan Mitsubishi Xpander untuk 6 hingga 7 orang
  • Alphard, Vellfire, Staria dan van untuk majlis, rombongan dan tetamu VIP

Bagaimana tempah

Hantar jenis kereta, tarikh dan lokasi di WhatsApp. Kami sahkan kereta, harga dan caj hantar sebelum anda bayar deposit tempahan.

Lokasi ambil terdekat: Melaka Sentral atau Bukit Katil.

Lokasi ambil kereta

Lokasi ambil kereta LINKFOX di Melaka Sentral

Melaka Sentral

52, Jalan Cempaka 1, Taman Seri Cempaka, 75400 Melaka

Pejabat utama, betul-betul di seberang jalan dari terminal Melaka Sentral.

Lokasi ambil kereta LINKFOX di Bukit Katil

Bukit Katil

No. 42, Jalan Bayan, Taman Bukit Katil, 75450 Melaka

Ambil kereta di sini dengan tempahan sekurang-kurangnya sehari awal.

Lokasi ambil kereta LINKFOX di Tampin

Tampin

27, Jalan Cengal 3, Bandar Utama Tampin, 73000 Tampin

Dekat KTM Pulau Sebang dan Tampin. Sila tempah sehari awal.

Kata pelanggan

“Kereta sangat bersih (Axia). Servis hantar ke KTM Tampin sangat on-time. Tak perlu tunggu lama. Recommended!”

Amirul, Kuala Lumpur

“Sewa MPV Alza untuk family trip ke Pengkalan Balak. Kereta tiada masalah, aircond sejuk. Urusan dengan Linkfox sangat mudah melalui WhatsApp.”

Puan Siti, Johor Bahru

“First time guna servis hantar ke Melaka Sentral. Memang jimat masa dari cari grab. Harga pun berpatutan untuk student.”

Sarah, UiTM Lendu

Syarat sewaan

Umur pemandu23 hingga 65 tahun
DokumenKad pengenalan, lesen memandu dan bil utiliti terkini. Pelawat luar negara: pasport, visa dan lesen memandu antarabangsa.
DepositRM100 kereta ekonomi, RM300 MPV dan SUV, RM1,000 kenderaan mewah. Dipulangkan biasanya dalam 3–4 hari bekerja selepas kereta dipulangkan.
Jarak300 km sehari
PenghantaranHari yang sama, dalam 4 jam selepas tempahan disahkan (ikut lokasi)
Bantuan kerosakan8 pagi hingga 10 malam, setiap hari
KenderaanDiselenggara berkala, dicuci dan diperiksa sebelum setiap sewaan
Caj penghantaranSerahan percuma di Melaka Sentral dan lokasi ambil kami. Hantar percuma ke KTM ETS Pulau Sebang, Pulau Sebang Sentral, Alor Gajah Sentral dan Mydin Pulau Sebang (jika kereta tersedia di Tampin). Alamat lain, termasuk rumah dan hotel dalam bandar Melaka, caj ikut jarak dan lokasi kereta, dimaklumkan sebelum bayar.

Soalan lazim Melaka

Berapa caj hantar kereta ke Melaka?

Serahan di Melaka Sentral percuma, dan hantar percuma ke KTM ETS Pulau Sebang, Pulau Sebang Sentral, Alor Gajah Sentral dan Mydin Pulau Sebang (jika kereta tersedia di Tampin). Ke alamat lain di Melaka, caj bergantung pada jarak dan lokasi kereta yang tersedia, dan dimaklumkan di WhatsApp sebelum anda bayar.

Boleh ambil kereta sendiri untuk Melaka?

Boleh. Lokasi ambil terdekat: Melaka Sentral atau Bukit Katil. Ambil sendiri tiada caj penghantaran. Bukit Katil dan Tampin perlu ditempah sehari awal.

Berapa cepat kereta boleh sampai?

Pada hari yang sama, dalam masa 4 jam selepas tempahan disahkan, bergantung kepada jarak ke Melaka.

Apa dokumen yang diperlukan?

Kad pengenalan, lesen memandu dan bil utiliti terkini. Umur pemandu 23 hingga 65 tahun.

Perlukan kereta di Melaka?

Hantar tarikh dan lokasi. Kami balas dengan harga dan caj hantar.

TelefonWhatsApp