VIP SERVICE Nak Sewa Alphard / Vellfire dengan Pemandu? Lihat Pakej Chauffeur Di Sini

Sewa Kereta Melaka: Hantar Terus Ke Lokasi Anda

Jangan buang masa ambil kereta. Kami hantar ke Bandar Hilir, Jonker, Hotel & Melaka Sentral. Kereta bersih, aircond sejuk, sales support pantas.

LIHAT HARGA PROMO URGENT BOOKING
Pilih Lokasi Penghantaran Popular:
5-Star Reviews
Trusted Since 2020
50+ Buah Kereta

Pilihan Kereta Popular

Harga di bawah untuk pakej promo mingguan. Harian pun ada, jom bincang!

PROMO

Perodua Axia

4 Auto
Dari RM 100 /hari*
GRAB PROMO
SELESA

Proton Saga

5 Auto
Dari RM 120 /hari*
GRAB PROMO
LARIS

Perodua Myvi

5 Auto
Dari RM 140 /hari*
GRAB PROMO
ECO

Perodua Bezza

5 3
Dari RM 140 /hari*
GRAB PROMO
FAMILY

Alza Baru (New)

7 Auto
Dari RM 220 /hari*
GRAB PROMO
SUV

Perodua Aruz

7 Auto
Dari RM 200 /hari*
GRAB PROMO
GROUP

Hyundai Starex

11 Auto
Dari RM 400 /hari*
TANYA HARGA
VIP

Toyota Vellfire

7 Pilot
Dari RM 500 /hari*
TANYA HARGA

Apa Kata Pelanggan Kami?

Lebih 5,000 pelanggan berpuas hati di Melaka & Seluruh Malaysia.

"Servis terbaik dari Encik Ashraf. Sewa Vellfire untuk VVIP company. Kereta bersih, wangi dan sampai tepat masa di Hotel. Invoice pun senang dapat."

"Booking last minute masa cuti sekolah, nasib baik Linkfox ada kereta. Ambil Alza Baru, kereta sedap jalan jauh."

"Sewa Axia untuk konvo. Harga paling ngam untuk student. Deposit cepat pulang."

Lihat Semua Review di Google Maps »

Info Lokasi & Artikel Terkini

Kereta Sewa Tampin & Pulau Sebang 2026: Panduan Sempadan & Tempat Menarik

Apabila menyebut Tampin, ramai yang terbayangkan sebuah daerah unik yang terletak di atas sempadan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka. Namun, tahukah anda sempadan yang tidak kelihatan ini sering menyebabkan pengunjung keliru sehingga disaman parking?

Sebenarnya, Pekan Tampin secara rasminya wujud di Negeri Sembilan. Manakala bahagian yang dikatakan "Tampin Melaka" itu sebenarnya adalah Pulau Sebang yang terletak di bawah pentadbiran daerah Alor Gajah.

⚠️ AWAS: JANGAN TERSALAH KUPON PARKING!

Hanya satu papan tanda berhampiran lampu isyarat memisahkan dua kawasan ini. Kesannya?

  • Sebelah Tampin: Perlu guna kupon/app Majlis Daerah Tampin (MDT).
  • Sebelah Pulau Sebang: Perlu guna kupon/app Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

"Kami pernah disaman MDT walaupun letak kupon Melaka. Kena tengok betul-betul papan tanda sempadan," kata Rahaya Omar, pengunjung tetap dari Alor Gajah.

🚆 Sampai di Stesen KTM Pulau Sebang (Tampin)?

Jangan risau tentang masalah parking atau ketiadaan Grab. Linkfox Car Rental menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta sewa terus ke:

  • Stesen Keretapi Pulau Sebang (Tampin)
  • Mydin Pulau Sebang & Tampin Central Point
  • A'Famosa Resort & Freeport Outlet
👉 Klik Sini Untuk Tempah Kereta (RM99 shj!)

Tempat Menarik Di Tampin & Pulau Sebang (2026)

Walaupun keliru dengan poskod dan alamat (sesetengah rumah di Pulau Sebang boleh guna poskod Tampin!), kawasan ini kaya dengan tarikan pelancongan.

NATURE & HIKING

1. Gunung Tampin

Titik permulaan Banjaran Titiwangsa di selatan Semenanjung. Dengan ketinggian 764 meter, ia lokasi wajib untuk pendaki. Laluan trek tar sejauh 5km sering dipenuhi orang berjoging pada waktu petang.

FAMILY FUN

2. Tampin Water Park

Terletak di antara Bukit Tampin dan Gunung Datuk. Kolam renang di sini menggunakan air bukit semula jadi yang segar dan sejuk. Sangat sesuai untuk berkelah bersama keluarga.

ADVENTURE

3. Tampin Xtreme Park & Gua Batu Maloi

Untuk penggemar sukan lasak! Cuba aktiviti caving (meneroka gua) di Gua Batu Maloi atau aktiviti flying fox dan rock climbing. Cabaran fizikal yang sebenar!

MAKAN VIRAL

4. Nasi Ayam Gemas Mustafah

Legenda kuliner Tampin. Nasi ayam yang lembut, kicap pekat dan sup yang padu. Wajib singgah sebelum naik kereta api.

WESTERN & DESSERT

5. Sugar Dust (Bandar Satelit)

Terletak di Bandar Satelit Pulau Sebang. Cafe hipstur ini popular dengan dessert, kopi dan makanan western yang sedap. Sesuai untuk lepak malam.

LUNCH PADU

6. Nasi Ayam Panggang Oasis

Ayam dipanggang dengan rempah ratus istimewa sehingga kulit garing tetapi isi juicy. Hidangan ini menjadi buruan penduduk tempatan waktu tengah hari.

SEJARAH

7. Tugu Peringatan Sg. Kelamah

Terletak di laluan Tampin-Gemas. Tugu peringatan Perang Dunia Kedua ini memperingati pertempuran sengit tentera Australia menentang Jepun pada tahun 1941.

REKREASI

8. Taman Tasik Tampin

Berhampiran Kompleks Sukan Tampin. Ada trek joging, taman permainan kanak-kanak, dan menara tinjau. Port santai petang-petang orang Tampin.

Info Pengangkutan & Poskod Unik

Keunikan sempadan ini turut dirasai oleh penduduk. Noor Intan Sazlina, seorang penduduk tempatan berkongsi bahawa alamat rumah di sempadan boleh menggunakan dua poskod. Namun, poskod Pulau Sebang (Melaka) biasanya mempercepatkan urusan surat menyurat berbanding Tampin.

Hab Pengangkutan Utama:

  • Stesen Kereta Api Pulau Sebang (Tampin): Stesen utama ETS dan Komuter untuk ke Melaka Utara.
  • Terminal Bas Tampin (Pulau Sebang Sentral): Hab bas ekspres dan bas tempatan.

Perlukan Kereta Sewa di Tampin / Pulau Sebang?

Tak perlu pening kepala fikir pasal sempadan negeri atau jadual bas. Sewa kereta pandu sendiri dengan Linkfox.

✅ Kereta Baru & Bersih (Axia, Bezza, Xpander)
✅ Penghantaran Terus ke Stesen KTM
✅ Harga Mula RM99/hari

📞 WhatsApp Linkfox Sekarang

Soalan Lazim (FAQ) Tampin

Di manakah sempadan Tampin dan Melaka?

Sempadan terletak di kawasan lampu isyarat pekan Tampin. Pastikan anda melihat papan tanda PBT (MDT atau MPAG) sebelum meletakkan kenderaan.

Adakah Stesen KTM Tampin di Negeri Sembilan?

Tidak. Walaupun namanya Stesen Pulau Sebang (Tampin), secara geografinya ia terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka.

Berapa harga sewa kereta di Tampin?

Harga sewa kereta pandu sendiri di Tampin bermula serendah RM99 sehari untuk model kompak seperti Axia di Linkfox Car Rental.

Tak Jumpa Apa Anda Cari?

Atau nak minta harga kawan-kawan? Isi borang ni, kita bincang di WhatsApp.

Mohd Ashraf Bin Mohd Yusoff

"Saya dan team Linkfox komited untuk pastikan perjalanan anda di Melaka lancar. Kereta rosak kami ganti, masalah anda kami selesaikan."